Sunday 31 July 2011

Kelebihan solat tarawih malam pertama

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama : Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
(Gambar sekadar hiasan)

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, bermulanya kembali episod puasa selama sebulan bagi tahun 2011. Setelah setahun telah berlalu, kini bulan yang penuh dengan keberkatan muncul kembali. Beruntunglah kepada sesiapa yang dapat merasai kembali keindahan di bulan ramadhan yang mana siangnya penuh dengan rahmat dan malamnya pula penuh dengan pengampunan Allah SWT. Lebih beruntung lagi kepada sesiapa yang memanfaatkan setiap detik dan saat di bulan ramadhan dengan amalan-amalan fardhu dan sunnat. Semoga di permulaan ramadhan ini kita dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk menjadikan ramadhan kali ini penuh bermakna dalam hidup kita dan diteruskan sehinggalah ke penghujungnya. Sesungguhnya segala amalan yang kita lakukan termasuklah puasa hanya Allah SWT yang akan menghitungnya.